Wednesday, October 13, 2010

*Nice one

Tiba-tiba aku merindui seseorang,
yang dulu pernah menjadi miliku,
tetapi sekarang sudah dimiliki oleh seseorang yang jauh lebih baik dari aku,
sekarang aku seperti mahukan dia kembali padaku,

Aku perlu tanya pada diriku kembali,
adakah aku sayangkan dia?
adakah aku cintakan dia?
adakah aku hanya mahu hilangkan rasa sunyi ini?

Rasa sunyi yang sudah lama menyelubungi diriku ini,
yang tidak pernah jauh daripada aku,
dan aku sering merasai rasa kesunyian,

Tapi aku seperti hanya mahukan teman disisiku,
bukan mahukan dia yang sudah aku lepaskan,
ada sebab aku lepaskan dia,
kenapa aku mahukan dia kembali,
aku rasakan tidak perlu,

Hanya perlu cari dan terus mencari,
mencari yang penuh dengan kesopanan dan budi bahasa,
tidak perlu terasa terdesak,
aku tahu diriku sebenarnya tidak mahukan dia,

Aku harus tabahkan hati,
tidak terlalu memikirkan hal sebegini,
masanya akan tiba juga,

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik :)