Monday, November 8, 2010

*Minggu Final EXAM

?.11.2010
Sekarang pukul 3.32pm,aku baru habiskan final exam :)so dah merdeka la aku,hehehe,
dalam minggu exam ni parents aku tak ada sebab pergi menunaikan haji,so sunyi la skit rasanya,
pada awal minggu nak exam aku kenal seorang gadis,bagi aku dia memang baik,cantik,peramah,sejak akhir2 ni aku jarang gunakan telefon,sejak kenal dia aku selalu gunakan telefon,:)aku selalu gak telefon dia,sembang dengan dia,melawak,kira seronok la bila cal dia,


Kiranya bila ada dia,ada la orang yang teman aku,hilang la rasa sunyi aku,(lawak plak ayat aku ni),bila ada dia semangat gak la nak jawab exam,dia pun exam,so mula2 selalu la cal,bila masing2 dah sibuk jarang cal,aku pun kena faham tak boleh cal dia selalu takut ganggu,

Tapi sekarang tak tau la nak cakap macam mana,aku suka dia ke?tapi dia suka aku ke?tapi aku rasa orang macam dia mesti dah ada BF,kalau tak de pun mesti ramai perminat,so sekarang aku just berkawan sahaja,dia pun tak kan pandang laki macam aku kot,hehhee,biasa la lumrah dunia,

Tapi tak pe"lelaki yang baik utk perempuan yang baik"
HAHAHHAA :)

Wednesday, October 13, 2010

*Nice one

Tiba-tiba aku merindui seseorang,
yang dulu pernah menjadi miliku,
tetapi sekarang sudah dimiliki oleh seseorang yang jauh lebih baik dari aku,
sekarang aku seperti mahukan dia kembali padaku,

Aku perlu tanya pada diriku kembali,
adakah aku sayangkan dia?
adakah aku cintakan dia?
adakah aku hanya mahu hilangkan rasa sunyi ini?

Rasa sunyi yang sudah lama menyelubungi diriku ini,
yang tidak pernah jauh daripada aku,
dan aku sering merasai rasa kesunyian,

Tapi aku seperti hanya mahukan teman disisiku,
bukan mahukan dia yang sudah aku lepaskan,
ada sebab aku lepaskan dia,
kenapa aku mahukan dia kembali,
aku rasakan tidak perlu,

Hanya perlu cari dan terus mencari,
mencari yang penuh dengan kesopanan dan budi bahasa,
tidak perlu terasa terdesak,
aku tahu diriku sebenarnya tidak mahukan dia,

Aku harus tabahkan hati,
tidak terlalu memikirkan hal sebegini,
masanya akan tiba juga,

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik :)

Monday, September 27, 2010

*Hayati la

Kau umpama sekuntum bunga,
Yang dikelilingi sekumpulan kumbang,
Hanya seekor kumbang yang layak untuk sekuntum bunga,
Adakah aku yang bernasib baik itu,

Masih banyak lagi pilihan kau,
Adakah kau perasan tentang kehadiran aku,
Kehadiran aku yang datang tanpa kedengaran,
Hanya dengan kedengaran bunyi yang sayup-sayup,

Mungkin dengan kelebihan pada yang lain,
Kehadiran aku  tidak diperasan oleh kau,
Kau menjadi begitu berlainan,
Kau tidak seperti dahulu,yang tidak memikirkan duniawi,

Mungkin kehadiran aku ini lansung tidak bernilai pada kau,
Hanya seperti hujan ditengah hari,
Mungkin juga seperti  angin yang betiup melalui pipi kau,
Yang hanya datang dan pergi,
Mungkin jalan terbaik adalah undurkan diri,
Semua keputusan hanya pada kau,
Kau dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk,
Semoga keputusan yang engkau buat adalah tepat,
Tidah hanya duniawi semata-mata,

Aku mendoakan agar kau,BAHAGIA
                                                                                                                              Karangan dari:
                                                                                                                                          Ayedd

*Hari Raya

Monday,27/9
Assalamualaikum!!mungkin dah agak terla2mbat nak cerita pasal raya,tapi nak cerita gak!tak kira!hahahaha :)
raya tahun ni aku beraya di air tawar5,kota tinggi,johor,dan ayah aku tak dapat cuti untuk balik raya di kampung,jadi aku la yang kena drive,penat tu jangan cakap la,memang sakit la pinggang aku,hehee:)
tapi disebabkan dah lama tak balik kampung,segala penat lelah tu aku lupakan(cewah agak tersusun ayat aku)hahahaha!!

Mak aku suka la sebab dapat balik kampung,tapi kesian la ayah aku duduk rumah sorang-sorang,jadi bujang sementara,hehehe :)di kampung memang meriah la,sedara mara semua dah berkumpul di rumah nenek aku,semua tunggu kepulangan family aku,ye la lama tak jumpa,so masing-masing merindui,hahahhaha!!

Kat kampung banyak gak peluh aku dikeluarkan,sebab kena buat macam-macam kerja,kacau dodol,bakar lemang,rebus ketupat,sembelih ayam,ahh!!macam-macam la,tapi seronok la sebab buat ramai-ramai,gotong-royong la katakn,hehehe :)

Hari pertama,biasa la,lepas sembahyang raya mesti ada bermaafan dan bernangisan,hahaha!!waktu tu la adik sedara aku kutip duit raya dari pak cik dan mak cik,hahaha :)nenek aku paling banyak bagi,lepas bermaafan semua makan,ramai kot,penuh rumah nenek aku,tapi makanan memang sedap-sedap la sebab aku yang tolong masak,hehehhee :)

Tahun nie,saudara mara semua banyak pergi beraya dan berjalan-jalan,tak duduk rumah pun,mula-mula ziarah kubur moyang aku kat layang-layang,then rumah adik beradik nenek aku,pakcik-makcik adik beradik mak aku,memang seronok laa,

Time raya ke 4 plak akak sedara aku bertunang,penat gak aku merewang basuh pinggan dengan pak cik aku,hahaha,sedara yang jauh tau makan je,aku plak yang kena basuh,hahahhaa :)nasib baik la kawan-kawan akak sedara aku lawa-lawa tapi umur dah tua,aku je yang masih muda,
hahahhaha :)

Aku kat johor lama,sebab tu tak dapat beraya dengan kwan-kawan kat perak,sory la kawan-kawan sebab aku tak pergi open house rumah korang,aku just ikut mak aku, aku kan dah jadi driver mak aku,hahahhaa :)

Macam banyak je aku tulis,hehehe :)ok la sampai disini je,nanti aku tulis banyak-banyak lagi,yang penting AKU SERONOK DAPAT BERAYA DI JOHOR!hehhee,salam :)

Saturday, August 21, 2010

*Menunggu

21 ogos,05.20pm,
salam,
Hari ini dah masuk 11Ramadhan,rasa sekejap,alhamdulilah aku tak ponteng lagi,kadang2 tu memang rasa tak larat,sebab banyak kelas then ada bengkel,bengkel kimpalan plak tu,perhhh memang rsa dahaga la,tapi aku still blh tahan,baikan aku,hahaha:)

Bila time berbuka je,member aku sernok je kos dapat makan dengan gadis diaorang,perhh kadang2 jeles gak,masa aku bila la akan tiba,huhuhu:)kadang2 teringin gak,hehehe:)

Ada satu awek ni,baru kenal2 kat facebook,bagi aku dia ok la,bak kata orang sejuk mata memandang,hehehe:)
dia stay perak gak,muda dari aku dua tahun,kira ok laa,tapi aku tak berapa pandai nak mengayat nie,tapi aku akan cuba la,kalau dapat ada la jodoh,kalau tak dapat maknya tak de jodoh,hahaha:)
arap2 dapat la,AMIN,

Sekarang aku ada kat rumah family,seronok la dapat berbuka dengan family,I LOVE MY FAMLY,semua family aku akan sentiasa bahagia,AMIN,hehhe:)
ok la,ada hal skit,bye2..:)

Thursday, August 12, 2010

*Seharian

Khamis,11.40am,
Subuh tadi aku tak bangun sahur sebab tak terjaga,member aku pun tak terjaga,last2 dua2 x sahur,hahha,aku dah set jam tapi jam x berbunyi,wt*,hehehe:).Pagi tadi kelas tek.bahan,masuk dewan tapi econ rosak,
perhh..memang panas la dalam dewan,dah la bercampur kelas,memang ramai la dalam kelas,
lepas habis kelas ingat boleh rehat,tapi lec bantai nk wat kelas awal then tiba2 ada kuiz,memang aku jawab ikut suka je la,member aku lagi gilerr!smpai x hantar quiz,pandai sangat la tu,HAHAHA,


Tadi waktu kelas agama lec buat hafazan plak,nasib baik la senag je,lepas ni knl la hafal DOA JENAZAH plak,panjang tu,huhuhuh:(..Hari ni mood aku rajin,so tadi dapat la sembahyang kat masjid,sejuk jer,boleh la hari2 sembahyang kat masjid,selesa skit,hehehhe:)

Tadi aku ikut la member aku g bazar,memang penuh la,aku pun tau nak beli apa sebenarnya,main ikut je,last2 aku just beli air je,then pergi buka kat kedai makan,HAHAHA,segan je bawak air dari
bazar,mjnta cawan kosong plak tu,HAHAHAHA,

Mata dah menagntuk,buka tutup,buka tutup dah,HAHAHA,nanti klau lambat tido,sahur tak terjaga plak,k la,bye2,salam,SRLAMT BERPUASA K,jahgan ponteng2.

Tuesday, August 10, 2010

*Bermulanya Bulan Ramadhan

10 0gos 2010
Hari ini adalah hari yang paling memenatkan,kelas start pada 10.30am sehingga pukul 6.30pm,last sekali masuk bengkel kimpalan,ada 3 projek yang kena buat,2 dah siap tinggal lagi 1,projek yang lagi 1 ni agak susah la,tapi aku akan cuba buat yang terbaik,harap2 full mark,HAHAHA

Esok dah start puasa,so kena la bersahur tapi aku tak tau lagi nak bersahur kat mana?kedai yang ada pun kedai mamak je la,sekali dua kedai mamak ok lagi,tapi takan la sampai sebulan nak bersahur kat kedai mamak,urghhh!kan best kalau bersahur dekat rumah family,dapat makan sedap2,

Untung la kawan2 aku yang ada awek,siap awek masakan lagi,perhh!!best gilerr,Bila masa aku akan sampai??HAHAHAHAHA,

Midnight rancang nak pergi tengok movie,cerita AVATAR,tapi tak comform lagi laa,harap2 kengkawan jadi la tengok,ramai orang kata bestt siutt,

Ok la,nak pergi terawih,SALAM,

Sunday, August 8, 2010

*Pulang ke Ipoh


Hari pertama menulis blog,agak kekok nak menulis,apa2 hal nk berterima kasih kepada orang yang tolong buatkan blog ni,

sekarang 4.56pm,petang ni aku kena bertolak balik ke ipoh,malas sangat2,tiket belum beli lagi,kalau dengan member lambat plak nak bertolak,ishh malas betul la,

esok,dekat poli ada ujian teknik wokshop,aku 1 apa x baca lagi,malam ni tidur lambat la nampaknya,harap2 mata ni x mengantuk la,

minta2 esok boleh la jawab smua soalan,klau x tengok la member punya 'TOYOL' la,
hahahahaha

ok la,tak tau nak tulis apa dah,
apa2 hal thank kat "budak kecik" yang tolong buatkan blog ni,
hehehe
terima kasih "budak kecik"